11 tip awet muda

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang-petang macam nie pun masih panas lagi walaupun angin bertiup dengan kencang. Di sini saya ingin kongsikan tip-tip awet muda yang mungkin berguna dan mudah di amalkan. Wajah juga memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus. Jika kurang penjagaan, akan menampakkan kedutan di wajah.

Di sini saya senaraikan tip-tip tersebut:

1. Basahkan muka terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan sabun untuk mengelakkan kulit daripada dihakis dan menjadi kering.

2. Sewaktu kita mencuci muka, pastikan muka kita dicuci dengan bersih selama lebih kurang satu minit. Ini dapat mengeluarkan kotoran yang tersekat di liang pori-pori dan menghilangkan minyak pada permukaan kulit.

3. Ikut turutan penjagaan muka iaitu gunakan pencuci muka dahulu, diikuti dengan toner, serum untuk merawat, pelembap dan akhir sekali krim penghalang sinaran matahari.

4. Berikan sedikit masa selama lebih kurang tiga minit selepas memakai pelembap sebelum memakai krim penghalang matahari dan mekap. Ini untuk memastikan pelembap telah betul-betul diserap oleh kulit.

5. Sebelum mengaplikasikan mekap, lalukan air sejuk pada muka untuk menutup liang pori-pori.

6. Gunakan krim penghalang matahari sepanjang masa pada siang hari.

7. Dapatkan tidur secukupnya supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan kawasan sekeliling mata tidak sembab.

8. Gunakan produk penjagaan muka bersesuaian dengan umur. Jika umur sudah mencecah 40-an, gunakan produk antipenuaan. Jika mempunyai kulit berjerawat akibat perubahan hormon, gunakan produk antibakteria dan antijerawat yang bersesuaian.

9. Jangan terlalu cepat berputus asa dengan sesuatu produk baru. Produk baru perlu diberi masa sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendapat hasil yang diingini. Bagi produk antipenuaan pula, perlu dicuba selama tiga hari hingga empat bulan sebelum hasilnya dapat dilihat kerana proses pertambahan kolagen mengambil masa agak lama.

10. Cuci mekap pada muka dahulu sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan terlebih dahulu, kotoran dan kuman akan menyebabkan masalah jerawat pada kulit muka.

11. Rawatan pada kulit tangan dan leher juga perlu dititikberatkan. Sapukan pelembap pada tangan dan leher untuk mengelakkan kulit kering dan berkedut. Sapukan juga krim pelindung matahari pada kedua-dua bahagian ini.

(Sumber dari majalah anis)

Selain itu juga, makanan tambahan juga diperlukan untuk penjagaan dalaman. Jika kita menjaga dalam dan luar, hasilnya sangat-sangat menggagumkan. Terdapat set kulit cantik iaitu

ESP + VITA-E COMPLEX

Set ini memang untuk kulit cantik. Sesuai untuk sesiapa yang inginkan kulit yang cantik dan anti penuaan.

Sampai disini dahulu coretan saya. Jumpa lagi nanti...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.