Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Kuruskan badan secara sihat

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada hari ini. Bagaimana kehidupan anda pada hari ini? Harapan saya semoga sihat hendaknya. Lama tidak menulis, maka otak pun agak tepu sedikit. Hihihihi.... Bagaimana hendak saya mulakan ye?Oklah, suami saya ingin menurunkan berat badan dia yang sudah semakin membesar dengan jayanya. Hihihihi.... Dulu badan ala-ala seperti pelakon Fahrin Ahmad tetapi kini seperti Kung fu Panda pula... Opsss.... terlepas cakap pulak.... harap-harap dia tidak baca..... Hahahahahah....... Jadi saya suggest kepada dia untuk cuba mengambil Alfalfa shaklee dengan Lechitin shaklee. Permulaan, saya suruh dia makan 2 biji Alfalfa shaklee dan 2 biji Lechitin shaklee untuk makan tengahari dan makan malam. Nampak gayanya dia sudah mula kerap ke tandas. Hihihihihi...... Nampak gayanya macam dah nekad untuk menguruskan badan secara sihat.Rupanya, dengan pengambilan alfalfa ini, masalah resdung suami semakin kurang. Tiada lagi gatal-gatal di hidung dan bau y…

Hilang lenguh-lenguh badan dengan B Complex Shaklee

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali pada hari ini. Lama juga saya tidak menulis. Ini adalah kerana masa saya banyak diisi dengan bermain bersama-sama dengan anak. Disamping dengan batuk yang sudah mula mencari tempat untuk bertapak. Hahahahaha.....

Ok, pada hari ini saya ingin memberitahu kepada anda bahawa saya sudah mula memakan B complex Shaklee.Saya sengaja mencuba B complex dahulu kerana ingin melihatkan keberkesanannya. Selepas seminggu saya mencuba B complex Shaklee, saya dikehendaki untuk periksa perut di MCH. Pada hari tersebut darah saya perlu diambil untuk mengetahui tahap HB saya. Saya terkejut apabila mengetahui Hb saya ialah 13.3. Pada bulan lepas HB saya hanya 12.4 sahaja. Padahal, saya tidak ambil pun ferrous fumarate kerana menyebabkan saya sembelit. Ferrous fumarate boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah orang dan ada sesetengah orang boleh dapat cirit-birit. Bergantung kepada kondisi badan atau hormon seseorang.

Sebelum ini, tiap-tiap malam saya…

Cara mengatasi anak susah makan.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap sihat hendaknya di samping keluarga tercinta. Baru hari ini berkesempatan untuk menulis setelah sibuk melakukan kerja hakiki dan kerja-kerja lain. Seperti yang saya tuliskan dibahagian tajuk, hari ini saya ingin membincangkan permasalahan berkaitan kanak-kanak yang tidak suka atau gemar makan nasi, buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Macam mana boleh terjadi ye??? Anak saya pun susah makan sayur atau buah. memang tidak mendapat zat seperti yang sepatutnya. Risau juga....

Di sini saya perturunkan cara untuk menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur, buah atau nasi.

1. Hias makanan

Ermmm.... hendak hias macam mana ye? Kalau kita hias buah atau sayur seperti muka teddy bear mesti kana-kanak suka kan! Lebih-lebih lagi kalau kartun yang digemari oleh kanak-kanak seperti upin ipin, boboiboy, barbie dan bermacam-macam lagi.

2. Variasikan makanan berkhasiat

Jika anak anda sukar untuk makan buah atau sayur, cuba campurkan sedikit dengan krim putar,…

Persediaan penyusuan sejak hamil.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Ada yang baca ke??? Hihihihi.... Apa-apa pun saya berharap ada yang sudi singgah walaupun hanya untuk membaca tajuk. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan info seperti yang saya tulis di atas. Menyusukan sendiri bayi saat yang dinantikan oleh setiap yang bergelar ibu. Hakikatnya semua ibu boleh menyusukan anaknya melainkan terdapat masalah-masalah tertentu. Dalam usaha merealisasikan impian itu, anda perlu melaksanakan persiapan awal sejak dari awal kehamilan.Ramai orang beranggapan bahawa penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas dipertengahan jalan nanti.Disini di senaraikan persediaan yang perlu dilakukan:1. Hadiri kelas penyusuan Menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas berbayar di…

Tip memilih kolagen

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Info kali ini berkenaan dengan kolagen. Tentunya ramai yang sudah mengetahui apa itu kolagen. Tetapi saya tetap hendak terangkan juga. Hihihihihi...Kolagen merupakan bahan utama dalam otot, kulit, tulang, tendon dan pelbagai tisu di dalam badan. Hampir 70% kolagen terbentuk di bawah lapisan dermis. Kolagen berfungsi membantu pertumbuhan sel kulit baru dan mengekalkan kelembutan kulit. Manakala di dalam sendi rawan pula kolagen berfungsi sebagai kusyen akibat bebanan daripada pinggul, sendi dan lutut.Penghasilan kolagen berkurangan apabila usia mencecah 26 tahun dengan pengurangan 5% setiap tahun. Pengurangan kolagen semakin ketara dengan pengamalan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.Disini saya sertakan tip memilih kolagen:1. Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai struktur besar dan tidak boleh diserap begitu sahaja. Kolagen biasa yang diambil melalui oral akan diuraikan kepada molekul aaid amino untuk membentuk struktu…

11 tip awet muda

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang. Petang-petang macam nie pun masih panas lagi walaupun angin bertiup dengan kencang. Di sini saya ingin kongsikan tip-tip awet muda yang mungkin berguna dan mudah di amalkan. Wajah juga memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus. Jika kurang penjagaan, akan menampakkan kedutan di wajah.Di sini saya senaraikan tip-tip tersebut:1. Basahkan muka terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan sabun untuk mengelakkan kulit daripada dihakis dan menjadi kering.2. Sewaktu kita mencuci muka, pastikan muka kita dicuci dengan bersih selama lebih kurang satu minit. Ini dapat mengeluarkan kotoran yang tersekat di liang pori-pori dan menghilangkan minyak pada permukaan kulit.3. Ikut turutan penjagaan muka iaitu gunakan pencuci muka dahulu, diikuti dengan toner, serum untuk merawat, pelembap dan akhir sekali krim penghalang sinaran matahari.4. Berikan sedikit masa selama lebih kurang tiga minit selepas memakai pelembap sebelum memakai krim penghalang matahari dan mekap…

Panduan membeli belah secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sabtu pagi yang indah serta diterangi oleh sang suria yang memancar. Seperti kita sedia maklum, kita sekarang ini berada di zaman ict. Bermacam-macam benda atau perkara dapat dilakukan secara online iaitu beli tiket kapal terbang, beli kuih-muih, beli baju, tudung, shawl, kasut, beg tangan dan bermacam-macam lagi la. Kalau hendak disenaraikan memang tidak habis lagi la sampai pagi esok.... heheheheh...Membeli-belah secara online memang digemari oleh para wanita atau lelaki yang bekerjaya kerana dapat menjimatkan masa serta tidak perlu bersesak-sesak atau keluar membeli di kedai. Ianya juga dapat memberi kebebasan kepada kita untuk membelek-belek barangan dan membandingkan harga tanpa tekanan daripada pembantu atau pemilik kedai.Sebaiknya kita membeli-belah menggunakan laman e-dagang yang popular seperti Zalora, Lazada, thepoplook dan Faahion valet kerana laman e-dagang tersebut adalah laman yang boleh dipercayai. Jika kita berkenan sesuatu barang d…

Demam

Imej
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.
Berikut saya lampirkan keterangan mengenai demam yang saya perolehi dari Doktorbudak.

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.
Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam. Perbincangan mengenai cara suhu badan diambil dan definisi demam yang sering dibahaskan adalah dianggap sebagai di luar konteks dan mungkin a…

Kata-kata Motivasi Hidup Agar Lebih Hidup

Imej
Assalamualaikum dan salam jumaat. Bertemu kembali pada hari yang mulia ini. Alhamdulillah, pendaftaran aku untuk menjadi ahli shaklee telah pun berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada puan Suhaida binti Su'aid di atas pendaftaran tersebut. Beliau merupakan superviser terbaik tau. Banyak yang dikongsikan beliau kepada saya. Rasa macam bersemangat pula untuk memulakan bisnes yang suatu ketika dulu pernah saya laksanakan. Tapi dulu bisnes saya tidak seperti sekarang. Banyak halangan dan cabaran tetapi tidak memberi seperti mana yang diharapkan. Kita harus bekerja lebih keras untuk mendapat tempat walau hakikatnya kita tidak mampu untuk laksanakanya dengan bersendirian.

Sekarang ini, saya hanya hendak fokus kepada sesuatu perkara sahaja. Biar lambat asalkan selamat. Biar lambat asalkan berbaloi. Bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah. Kejayaan tidak memerlukan wang ringgit tetapi usaha yang jitu. Biarlah mula dari bawah kerana dari situ kita dapat melihat …
Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pagi ini saya bangun awal kerana ada acara penting yang akan dijalankan di kangar. Bersiap sekadar sederhana sahaja dan kemudian siapkan anak untuk ke sekolah. Pagi ini bersarapan dengan ESP. Alhamdulillah, kenyang je pagi nie. Sampai di kangar sebelum pukul lapan pagi seperti mana yang diarahkan semalam.Ramai juga rupanya yang sampai lebih awal daripada saya. Ingatkan saya orang yang terawal.... Perasan je lebih.... Masuk je ke dalam dewan, ada sarapan menanti. Siap tulis kalori lagi pada makanan yang diberikan. Makan secara sihat ye..... Ada roti, pisang dan air putih.  Sementara menunggu vvip dan vip nie, lapar pula. Acara belum bermula lagi. Katanya akan bermula pada pukul sembilan pagi. Itu pun jika vvip dan vip datang awal. Nampak menarik pula dari semalam. Dengan baju batik dan uniform menambahkan lagi kepelbagaian warna. Suasananya pula seperti berada di majlis menyambut pengantin yang diadakan di hotel.Di sini dahulu coretan saya. Ada ma…
Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari yang sangat memberi sinar kebahagiaan kepada saya.
Saya rasa bertenaga pula walaupun kurang makan. Pemakanan saya pula lancar tanpa perlu menahan lapar akibat dari tiada selera makan saya. Cuma ada rasa tidak selesa di bahagian perut sahaja. Tidak dapat dipastikan kenapa. Mungkin makan makanan terlampau pedas sangat kot!!!....Perasaan berdebar-debar juga dirasai pada ketika ini. Bagaimana keadaannya nanti di kangar ye? Bermacam-macam persoalan melingkari pemikiran saya. Ermm.... Sukar untuk dinyatakan dengan jelas dan nyata. Bagaimana pula nanti ye.... Apa-apa pun aku harus hadapinya juga.Alhamdulillah, fasa pertama dapat ditempuhi dengan sempurna walaupun ada tercalit sedikit kebimbangan. Syukur sangat-sangat diatas kurniaanmu. Macam tidak percaya pun ada. Aku dah beli jus oren untuk aku gunakan bersama ESP.Tentu tertanya-tanya apa itu ESP. Saya pun baru sahaja mula minum. Tidak terasa lapar sangat dan perut pun tidak mudah meragam. …