Mac 31, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita dah berada di penghujung bulan mac dah pun. Sekejap je masa berlalu dah nak masuk bulan April pula. Suasana sudah semakin suram dan mula berhujan. Alhamdulillah, subur kembali bumi Allah ini. Panas pun ada hikmahnya juga. Dapat bergerak ke mana-mana sahaja cuma tidak boleh terlalu lama duduk di luar rumah atau melakukan aktiviti yang memerlukan kita berada di luar kawasan rumah. Bimbang terjadinya strok haba.

Hari ini lebih tenang dan damai je perasaan aku. Mungkin itu merupakan salah satu daripada kebaikan bersikap positif. Hurmmmm.... hari-hari asyik bercakap tentang POSITIF sahaja ja..... namun dengan keadaan macam tu, aku rasa lebih tenang dan lebih lega. Seronok juga bila merasakan diri bahagia walaupun hakikat sebenarnya tidak sebegitu rupa. Yang penting adalah, kita dapat melakukan perkara yang kita suka. Boleh menaip, boleh melihat, boleh bercakap, boleh berjalan dan lain-lain.

Pagi tadi aku terjaga dari tidur. Aku online FB dan IG. Seronok melihat bermacam jenis supplement atau makanan tambahan. Namun harus mencari yang bersesuaian dan berhati-hati dengan produk tiruan. Anak aku yang sulung aku cuba bagi makan supplement dari produk shaklee.

VITA-LEA FOR CHILDREN
Ini lah rupanya vitamin yang anak aku makan. Dulu kerap je demam sampaikan dalam satu bulan tu sampai empat kali kena pi klinik dan hospital akibat demam, selsema dan batuk. Alhamdulillah setelah makan vitamin tersebut, ada la kurang sikit demam yang dihadapi dan selsema dia cepat lega dan jarang berlaku. Kalau tidak, memang kerap selsema je la. Walaupun mudah hendak makan ubat, namun nak lega tu amik masa yang lama. Alhamdulillah, tergerak di hati untuk menjadi ahli. Boleh juga tambah pendapatan..... Macam lah aku reti sangat kan.... hahahahahah..... blog aku pun tak terurus... ada hati pulak ye....

Oklah sampai di sini dahulu celoteh saya di petang-petang di dalam hujan begini.... Ada masa saya coret lagi ye.... bye... Assalamualaikum...

You Might Also Like

0 ulasan