Mac 30, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bermula petang ini baru boleh mula menulis di blog ini. Bukan senang nak menulis, sibuk je memanjang. Heheheheheh.... Petang-petang macam ni dengan cuaca panas sedapnya kalau boleh lelapkan mata walaupun seketika.... Namun kerja hakiki harus ku siapkan dahulu. Nanti tidak mendapat keberkatan pula. Bermacam-macam dugaan yang perlu aku harungi pada tahun ini. Tidak termasuk lagi dengan dugaan di tempat kerja, di rumah, adik-beradik, orang luar dan sebagainya. Kalau hendak diikutkan hati, memang tidak mampu untuk mengharunginya. Namun, apabila aku memikirkan bukan aku seorang yang menghadapi masalah, aku lebih berfikir secara positif.

Bukan senang juga untuk memotivasi diri sendiri, banyak dugaan juga. Sebagai seorang wanita, banyak perkara yang aku fikir perlu memuaskan hati orang. Adakala hati sendiri terluka. Lumrah kehidupan. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Apa-apa pun yang berlaku aku harus terus harunginya tanpa perlu berputus asa. Perlu lebih kuat, kuat dan kuat.

Alhamdulillah, apa-apa perkara yang sedih berlaku akan ada kegembiraan. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab tersenarai di dalam anugerah cemerlang bagi tahun 2014. Selama aku bekerja, tidak pernah pun aku bermimpi untuk tersenarai ke situ.Selama 10 tahun berkhidmat, tiada apa pun yang aku minta, hanyalah rezeki yang halal. Dapat memberi khidmat kepada yang memerlukan. Bekerja di barisan hadapan sering kali menguji kesabaran. Namun aku bersyukur kerana mendapat teman-teman yang sentiasa memberi dorongan dan sedia bersama-sama mengharungi cabaran yang semakin lama semakin mencabar.

Sekali lagi aku bersyukur kepada Ilahi dia atas kurniaannya yang tidak terhingga kepada ku. Siapa sangka aku akan mengandung lagi setelah lima tahun aku menunuggu. Syukur tidak terhingga. Namun terselit sikit kerisauan di hati. Berbagai dugaan perlu dihadapi juga nanti. Tidak pernah sunyi dengan halangan dan masalah. Itulah aku.......

Sentiasa positif untuk hasil yang positif......

point positif

You Might Also Like

0 ulasan