Januari 17, 2015

Assalamualaikum dan selamat petang. Bertemu kembali kita pada waktu ini. Lama juga jari-jemari tidak menari-nari di keyboard komputer. Minggu yang sangat mencabar dan memenatkan. Pertama sekali anak ku masuk tadika. Yang kedua dia muntah teruk, tidak mahu makan dan berkawan. memang mencabar hendak melayan karenah mereka pada waktu itu. Dengan demamnya, dengan tidak mahu makannya, dengan tidur je kejenya, membuatkan naluri seorang ibu kelam kabut dan sedih. Begini rupanya yang mak aku rasakan sewaktu aku tidak sihat dahulu. Mmmmm..... Sedih tau......

Sekarang bila aku alaminya sendiri, baru aku dapat rasakannya. Sukar juga untuk aku menyesuaikan diri. Sebelum ini, anak aku tidak pernah seteruk ini. Sehinggakan kami terpaksa membawa dia ke hospital. Aku gagahkan diri juga keran bimbang dan risau dengan keadaan dia. Alhamdulillah, mujur tidak ada perkara yang boleh dikategorikan sebagai besar sangat. Mujurlah anakku sudah sembuh. Cuma selera makannya sahaja yang belum datang lagi. Aku sendiri tidak ada selera hendak makan. Makan pun sekadar melapik perut sahaja. Mujurlah dalam keadaan aku macam tu, aku tidak diserang oleh migrain dan gastrik. Kalau tidak, memang terukla en.husben untuk mengendalikannya seorang diri..... Heheheheheheh.....

Banyak yang aku pelajari sebenarnya, cuma aku je yang tidak perasan. Aku belajar untuk lebih tenang, relax dalam menghadapi dugaan atau cabaran, sabar dengan keadaan yang genting dan memudahkan urusan orang. Bila aku renung kembali, memang aku adakalanya ataupun selalunya akan abaikan empat perkara tersebut. Aku lebih gemar turutkan rasa hati ataupun perasaan terburu-buru aku tanpa mahu berfikir. Aku suka mendesak dengan cara yang tidak sepatutnya. Itulah aku. Alhamdulillah, Allah bagi dugaan untuk aku berfikir dengan cara yang sepatutnya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengurangkan atau membuang perangai yang memang sudah sebati dengan diri sendiri. Tapi jika untuk kebaikkan, apa salahnya kan??

Azam tahun baru aku kali ni bukan lagi untuk kuruskan atau langsingkan badan atau mengandung lagi. Azam aku tahun ini adalah untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. Aku nak tanamkan empat perkara tadi dalam diri supaya aku dapat hidup atau jalani cabaran dengan lebih tenang dan rasional. Daripada menserabutkan kepala dengan perkara yang menumpulkan ingatan, lebih baik aku tajamkan pemikiran dengan mempelajari kaedah atau cara untuk kita lebih rasional. Hormon dalam badan pun tidak merencat dan mempercepatkan penuaan.

Sampai di sini dahulu celoteh saya. Salam sayang dan Assalamualaikum

You Might Also Like

0 ulasan