Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015
Imej
Salam sejahtera. Bertemu kembali setelah sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Bermacam-macam cabaran yang telah dihadapi. Terkejar ke sana ke sini. Letih tu tak payah nak cerita la. Tapi disebabkan anak, aku sanggup. Pengalaman pertama mengajar aku erti kesabaran. Memang banyak kena bersabar. Bukan sesuatu yang mudah, namun aku dapat memgharungi minggu-minggu yang sukar.Aku mula belajar sesuatu yang baru. Bukan mudah namun aku berusaha untuk lakukannya kerana tiada sapa yang dpt membantu. Namun aku puas, kerana aku dapat lakukannya dengan sendiri. Letih dan penat seakan-akan hilang apabila ku melihat senyuman manjaku.Hasil pertama kerjatangan anakanda ku. Dia buat sendiri di sekolah. Gembira aku melihatnya. Dia dah mula seronok ke sekolah. Dah mula berkawan dengan rakan-rakan. Dah mula belajar iqra. Dah mula duduk dihadapan cikgu. Dah mula menulis di depan. Dah mula makan.Perkembangan yang sangat positif. Aku pun turut memberi sokongan moral kepada anakandaku. Semoga menjadi con…

Monday........

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini penuh dengan kejutan dan cabaran. Hari pertama memulakan pekerjaan setelah 1 minggu bercuti dan hari pertama anakku mula bersekolah semula. Berbagai-bagai perasaan datang menerpa. Adakah anakku makan? Adakah anakku dapat berkawan? dan bermacam-macam soalan muncul di kepala. Itulah ye bila menjadi ibu ni, apa sahaj yang dilakukan akan mendahulukan anak dia dahulu. Asalkan anak dia sihat dan cerdas. Hari ini anakku dah mula makan. Rasa lega sikit dihati ku ini. Esok tidak pasti lagi bagaimana. Namun untuk hari ini, perasaan lega mulai tumbuh semula.Hari ini aku cuba mengamalkan apa yang baik untuk diri aku. Aku belajar untuk memudahkan urusan orang lain. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hatiku mula tenang. Keceriaan mula terpancar di wajah yang suram ini.... He..he..he..he... Bukan senang tau nk ceriakan wajah kita ni. Apa-apa pun, kita perlu ikhlaskan diri dahulu. Bukan senang untuk kita lakukannya, namun jika itu yang terbaik apa salahnya ki…
Assalamualaikum dan selamat petang. Bertemu kembali kita pada waktu ini. Lama juga jari-jemari tidak menari-nari di keyboard komputer. Minggu yang sangat mencabar dan memenatkan. Pertama sekali anak ku masuk tadika. Yang kedua dia muntah teruk, tidak mahu makan dan berkawan. memang mencabar hendak melayan karenah mereka pada waktu itu. Dengan demamnya, dengan tidak mahu makannya, dengan tidur je kejenya, membuatkan naluri seorang ibu kelam kabut dan sedih. Begini rupanya yang mak aku rasakan sewaktu aku tidak sihat dahulu. Mmmmm..... Sedih tau......

Sekarang bila aku alaminya sendiri, baru aku dapat rasakannya. Sukar juga untuk aku menyesuaikan diri. Sebelum ini, anak aku tidak pernah seteruk ini. Sehinggakan kami terpaksa membawa dia ke hospital. Aku gagahkan diri juga keran bimbang dan risau dengan keadaan dia. Alhamdulillah, mujur tidak ada perkara yang boleh dikategorikan sebagai besar sangat. Mujurlah anakku sudah sembuh. Cuma selera makannya sahaja yang belum datang lagi. Aku se…